[Just Click It !]

Wednesday, April 4, 2012

APRESIASI BUAT KALIAN!

Shalom korang!! Aww. hari ini eka nak buang tebiat. hapdate tengah hari. tak dapat nak hapdate tengah-tengah malam lagi. mata eka pun dah macam panda dahh. sembab. sekali tengok macam eka baru lepas menangis. wahaha. =_="


eka harap sangat lepas nie eka dapat tidur dengan lega nya bila blog nie dah hapdate. hati nie dok memberontak dari tadi suruh hapdate blog. aigoo. seriously, eka taip entry nie dengan mata separa terbuka. haa. jadi kalu ada typing error tu haraplah dimaafkan.


haa. eka tak nak buang masa. meh kita mulakan entry. entry kali ini adalah dedikasi buat semua guru-guru eka yang selama nie tak pernah putus asa mengajar eka sehingga eka dapat keputusan yang boleh dikatakan cemerlang dalam SPM 2011 yang lalu. eka ada pergi ke sekolah lama eka hari tu tapi eka tak sempat nak berjumpa dengan semua guru-guru eka. so, dekat sini eka nak kalungkan apresiasi yang tak terhingga buat diorang walaupu eka tahu diaorang tak mungkin baca nieh. Wakakaka. :D


1. Miss Chew Siou Ing (CSI) full with gravitational force


Aww. Cikgu yang selalu sangat bengang dengan telatah kami sekelas sejak tingkatan 4 lagi. telah menjadi kapten kapal Science2 sejak 2010 (4Sc2) sehinggalah 2011 (5Sc2). mengajar teori Physics tanpa jemu. ayat feveret beliau, "kamu semua faham kaa??" selama nya menjadi kerinduan kepada kami sekelas. Wahai Miss Chew yang tak pernah putus asa dengan kami, eka nak ucapkan jutaan terima kasih sebab dah ajar eka segala teori Physics sehingga eka berjaya skor B untuk subjek itu. Eka memang bebal bab teori dan kira-kira. tapi berkat kesabaran Miss, eka berjaya! Thanks a lot teacher! Teringat dengan kali terakhir Miss Chew dengan kitorang dalam kelas, betapa beliau terharu bila kami sekelas hadiahkan beliau sekeping kadboard buatan sendiri yang penuh dengan nama kami. Beliau pura-pura tak menangis pulak masa tu. Alahai.

2. Cikgu Ting Leh Ching dan karangannya yang tak sudah


"Erica, kamu tak payah belajar BM hor." Wahhahaha. setiap kali waktu BM memang tak sah kalau cikgu Ting tak cakap cengitu dengan eka. wahahaha. Btw, Cikgu Ting adalah cikgu berketurunan Cina yang pertama yang pernah mengajar eka BM dan beliau sangat terer BM hor! tapi bila beliau bertutur memang satu kelas akan gawat sebab gelak tak henti-henti sakat ebliau. Cikgu Ting nie la cikgu yang paling sporting! Tak pernah marah kitorang walaupun perangai kitorang mengalahkan beruk dalam hutan. Wakakaka. Hari tu sempat gak chat dengan beliau dekat 'muka buku'. Wah. betapa beliau rindu dengan 'beruk-beruk' Science2. Sayu pulak eka dengar bila beliau cakap cengitu. buat cikgu Ting, "Cikgu, terima kasih banyak2 sebab sudah ajar saya hor. walaupun dalam kelas saya selalu buat perangai macam beruk. hahaha. A+ untuk BM adalah hadiah buat cikgu! Yeah!"

3. Madam Chan Siew Ming QWERTYUIOP.


Hiahh teacher! Hahaha. "Cikgu, saya tak pandai nak ber'speaking', boleh saya cakap bahasa melayu?" Ayat yang eka selalu pakai dalam kelas. kenapa? sebab bila eka speaking lidah eka terseliuh. tak pandai nak sebut lagi. haha. btw, madam Chan ni memang sporting. everyday, once she entered our class, she will definitely tell us stories. Aww. cikgu nie baik. dia tak pernah give up dengan kitorang walaupun hampir separuh kelas tak pernah nak hantar kerja yang dia bagi. bila diugut nak bagi dimerit baru berebut-rebut hantar. wahaha. eka lah salah seorang tu. xD Buat madam Chan, " Thank you for everything teacher. You taught me a lot about life and of course English. You motivated me until I became what I am today. I'm sorry that I can't get an A+ for English but I managed to scored an A. Thanks teacher!"


4. Puan Rubian Daha, mama 5s2.


Mama! Hahaha. Bila kitorang panggil dia macam tu konfem dia cakap, "malas cikgu nak jadi mama kamu semua. nakal belaka." Wahahhaa. "Awak semua mesti ingat Perlembagaan Malaysia. Perkara-perkara yang terkandung dalam tu. kalau tak ingat, jangan jadi anak Malaysia!" HAhaha. itulah amaran yang beliau selalu bagi. Mama kitorang nie sangat cool bila mengajar. beliau selalu buat soalan mengejut dalam kelas sampai kan jenuh kitorang nak menjawab siap bagi jawapan dengan mukasurat dalam buku teks. Perghh! Buat mama, "Neii Indai, A aja ulih ku. ahahha. Sorry cikgu sebab tak mampu nak skor A+ macam yang dijanjikan. Soalan sejarah tahun lepas senang sangat sampai takdapat nak jawab. ahhaa. Anyways. Terima kasih cikgu!"

5. Puan Lee Mee Hee dan 36 nilai beserta definisi




"Erica, mana kerja semalam?" Siap bercekak pinggang beliau bila sebut tu. ahahha. Eka memang selalu sangat mengular dalam kelas. kadang-kadang hantar kerja, kadang-kadang buat tak tau. hahahaha. tapi, Moral tetap maintain A dalam kelas. A+ pulak tu. ahhaha. bangga ehh. Cikgu nie ada taktik bila kitorang tak dapat hafal definisi nilai tau tak? bila kitorang nak keluar kelas pergi jamban semasa waktu beliau, memang sah kitorang kena sebut satu nilai beserta definisi lengkap. kalu betul boleh keluar, kalau tak betul haaa. alamat nya kena tahanlah diri tu dari nak pergi jamban. wahahaha. Sebab tu jugak lah eka hafal 36 nilai beserta definisi dengan jayanya. tapi setelah tamat sekolah nie haram eka tak ingat. ahahha. buat Puan Lee, "Terima kasih cikgu! Maaf cikgu, saya tak dapat nak kekalkan A dan A+ tu. Saya hanya dapat bagi cikgu A- je sebab waktu duduk exam tu mengantuk sangat. xD"

6. Mr. Ting Tiang Kian (Triple T)


"Erica, how to answer this?" "Erica, what are you doing behind there?" "Erica, where's your homework?" "Erica, you get below 70 again. What happen to you?" hahahaha. soalan-soalan tu memang dah lali eka dengar setiap kali waktu Modern Mathematics. Mr. Ting nie memang tak suka nak lihat eka dok senang. ada je salah eka. dahla eka setiap kali exam mesti dapat markah terendah dalam kelas. bukan dalam kelas je bahkan satu blok Science stream, eka lah yang terendah. Malu weyhh! ahhahaha. tapi eka tak hambik peduli pun. tetap jugak berkelakuan seperti beruk. Mr. Ting tak pernah pun putus asa nak ajar eka. bahkan setiap hari dia mesti panggil eka dan tanya eka jika eka tak paham. eka apa lagi, gunakan sebaik-baik nya. dan, akhirnya, eka berjaya scor A- dalam SPM! syukurla tu. selama ni C je. ahahaha. 'Mr Ting, thank you so much teacher! You never give up when you try to teach me even though I'm lazy and always take easy in everything. Thank you so much!"


7. Miss Ting Siew Toh, LOOOOOKKK!




ahahahah. Cikgu Add Math eka yang penuh kesabaran mengajar kami. beliau tak pernah marah walau sekalipun. Ibarat Ibu kepada kami. bila kami tak paham, dia akan terangkan sampai kami paham. yeah. jarang jumpa cikgu yang penuh naluri keibuan macam beliau. anyways, Thanks a lot teacher for teaching me until I managed to score a C+ for additional Mathematics. Selama nie asyik Gagal je. haha. Thank you so much!!

8. Miss Lee Pei Chen and her Periodic Table.




cikgu nie garang gila weyh! strict sangat bila mengajar. tapi bila kat luar cikgu nie sangat friendly. Beliau tinggi lampai macam model! Perghh! Bila mengajar, beliau paling pantang bila kami bercakap. haha. Anyways, thank you so much teacher! I managed to get B for Chemistry! Thank you teacher!

9. Madam Dayang Hadzar, our Oxyhaemoglobin.




Biology! waktu yang eka paling suka! waktu nie je lah eka tak berkelakuan macam beruk! hahaha. Mdm. Dayang lah idola eka. kalau dia mengajar konpem eka paham. tak perlu explain banyak sangat memang eka akan paham. mungkin sebab eka minat giler dengan Biology kot. Mdm. Dayang punya cheese cake la yang paling eka suka! perghh! Dulu eka harap sangat skor A untuk Bio tapi check2 dapat B jer. haihh. kecewa eka. tapi, apa apa pun, terima kasih cikgu sebab tak pernah jemu mendidik kami! kalau eka jadi doktor nanti eka memang takkan lupakan cikgu!

10. Pengajar Chemenda yang penyabar


Pengajar! Tabi puji ngagai nuan! ehh. berbahasa Iban pulak eka. hahaha. cikgu Chemenda sangat penyabar orang nya. memandangkan kelas Bahasa Iban luar sidang, kitorang akan stay dekat sekolah setiap hari Jumaat sampai petang. dekat sekolah eka cuma 19 orang je yang ambik Bahasa Iban untuk SPM. 4 orang dari Science Stream (termasuk eka) dan selebih nya adalah dari Art Stream. Haa. eka tak pernah belajar bahasa Iban dari sekolah rendah sampai tingkatan4. masuk Tingkatan 5 eka ambik subjek nie sebagai subjek tambahan sebab papa eka paksa. eka memang tak ade asa bahasa Iban melainkan kemahiran berbahasa. tak sangka jugak eka bila SPM 2011 diumumkan, eka skor A+ untuk subjek tu!! pergh! The Only one pulak tu! Cikgu Chemenda memang bangga sangat dengan eka. Wahh. Terima kasih banyak-banyak cikgu!!


eka dah tak tau nak cakap apa. eka tak dapat nak balas segala pengorbanan dan jasa diorang semua!! TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIKGU!! BERKAT DOA DAN USAHA CIKGU SEMUA, EKA BERJAYA HARI INI. :')

p/s: 4 jam untuk menulis. Pergh!



Photobucket
Senyum tak perlu kata apa-apa.

No comments: