Ahn-Nyeong-Hah-Seh-Yo!! Bergolek-golek eka mai datang buat entri nie. Aww~
setelah berbulan-bulan eka tak ber'blog-walking', malam tadi eka mulakan misi menempekkan jejak di blog-blog bertuah. wakaka! yang dah kene tempek tu, terima kasih sebab datang balik dekat teratak tak berapa nak hengsem nie. yang belum ditempek, sila tempekkan jejak anda di 'peti jerit' eka ek? korang tempekla sebanyak mana yang korang nak. kang nanti eka golek-golek kesana.
eeii. korang..eka nak cecite sedikit nie. last entry hari tue eka dok cakap bahawasanya eka ingin menjadi doktor kan. itu mimang. eka tetap nak jadi doktor. tapi, beberapa hari yang lepas eka ditawarkan untuk further study dekat Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Buat Foundations of Science & Technology: Engineering In Aviation. Apuu. Terbeliak biji mata eka membaca nya. Lain yang diminta, lain yang kunjung tiba. Aisehman!
Korang bayangkan budak yang selama ini dok 'bedah' pesakitnya yakni encik-encik 'Power Rangers' yang menderita parah selepas berlawan dengan sepupu cicak tokek ditawarkan untuk mem'bedah' enjin-enjin pesawat dan yang sewaktu dengan nya. tak ke naya nye tu. =_="
tak dinafikan, semua tanggungan pelajaran MARA yang tanggung. tetapi hati ini berbelah bahagi. korang rasa eka patut terima tak?? kalau eka terima, alamatnya eka kena ucapkan selamat tinggal kepada Bumi Kenyalang tercinta pada pertengahan bulan Mei nie nanti dan sudah tentu sampaikan salam "Selamat Berkenalan" buat Negeri Jelapang Padi yang aman damai tu. T_T
oke. eka memang konpius! eka nak pergi ke tak nie??
p/s: enjin pesawat ada jantung dan paru-paru macam encik Power Rangers eka ke?







2 comments:
bt solat istikarah ;)
sy pn mcm awk gk~nk jd doc tp kna tukar bidang sbb result x support..hurmm mngkin ad yg lebih baik kot ;)
Aww. thanks. betul juagk tu. Tuhan yang tentukan. kita manusia hanya mampu merancang. :D
Post a Comment