[Just Click It !]

Tuesday, April 3, 2012

DEDIKASI BUAT SAHABAT

Hyaaaaa!! Haitt! I'm back. Wahaha. Suda 3 April behhh!  Mesti korang dok geleng kepala sebab eka hanya hapdate blog waktu orang lain tidur. kenapa? sebab idea mencurah-curah waktu malam. logik tak? ada logik nya. wawawa. xD




Aa. Entry eka kali ini berpaksikan satu tajuk yang tersangat lazim dan acap kali kita dengar iaitu SAHABAT. Eh. bahasa eka skema? eka tahuu. alaa. relaks la korang. entry nie takkan berbahasa formal. kang nanti tertidur korang baca. haha. Okaylah, sebelum eka mulakan entry eka nak mintak maaf terlebih dahulu sebab entry ini ada unsur 'emotional' sedikit kerana lahir dari hati eka. :)

Dalam hidup ini, kita semua perlukan insan bergelar sahabat kan? yelaa. takda sahabat hidup kita jadi boring. tak best. tak syiokk. Sahabatlah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan ini sebab dari sahabatlah kita kenal erti setia, erti kasih sayang, erti kecewa, erti kehilangan, erti ketabahan dan banyak lagi. bahkan dari seorang sahabatlah kita mencari identiti diri kita. Aisehman! skema-nya bahasa! haha. tapi itulah pandangan eka mengenai sahabat.


Sepanjang 18 tahun eka hidup, eka dah jumpa banyak manusia bergelar sahabat. Ada yang kekal dalam hidup eka sehingga ke hari ini dan ada yang datang kemudian pergi begitu saja. Yang kekal tu sentiasa ada di samping eka walaupun diorang jauh kat mata. yeah. korang nak kenal ke? meh eka kenalkan. xD


THE GIRLS


1. Dierdre Inja Gregory
2. Jessica Dujong John
3. Marilyne Undart Martin
4. Ernie
5. Carolyn Siti
6. Gracia Ritty Jonathan

Haaa. 6 orang girlfriends eka yang paling rapat dengan eka. Top 3 ( Dierdre, Jessica & Marilyne) adalah angels eka. kami berempat dah macam belangkas dah. kemana jer eka pergi wajib ada diorang bertiga! yeahh. Bersahabat dari tingkatan 1 sehinggalah sekarang. Kitorang dah takdapat dipisahkan dah. hiihihi. 



Nombor 4 pula, childhood friend eka yang paling 'gila'. Ernie! Wee. Eka dengan dia dah macam adik beradik dah. kitorang dah kawan dari kecik. Ernie nie tua setahun dari eka tapi perangai mengalahkan eka. hahaha. eka suka sangat kawan dengan ernie sebab banyak persamaan antara kami berdua. aww. I love her so much!!


Then, nombor 5 adalah kembar siam eka. tak kira la kemana eka mesti budak nie ada jer. wahahhaa. eka sayang si carol ni sangat-sangat sebab dia paham sangat dengan eka. sebenarnya kitorang dah bersahabat sejak sekolah rendah lagi. dulu tak rapat macam sekarang. tapi sejak masuk form 4, kitorang macam kembar. kepala hotak si carol nie 2x5 je dengan kepa hotak eka. kitorang memang gila-gila kalau dah berjumpa. hahaha.

Nombor 6 adalah kakak angkat eka. kitorang rapat sejak umur eka 6 tahun. masa tu dia umur  9 tahun. haa. sejak tu sampai sekarang kitorang tak pernah berpisah walaupun dia sekarang kat Kuching. eka masih jugak berhubung dengan kakak eka nie. lama dah tak jumpa sis Gracia. Miss her. 

Haaa. girlfriends eka korang dah kenal. meh sekarang eka kenalkan boyfriends eka. hahahaha. aisehh. bukan SPECIAL boyfriends yang korang dok fikir tu yer. Eka takla gila sampai simpan 6 orang 'kekasih' sekali. bahahahahaha!


THE BOYS


1. Pelvin Mayau Peter
2. Samuel Luwen
3. Daryl Aaron Bawood
4. Abg. Abdul Rahman
5. Eugene Ampas Anthony
6. Gabriel Liew Choon Ying

Naaa. haha. best boy friends eka 1 Malaysia kan? hahaha. yerr. 6 orang nie la paling rapat dengan eka. Nombor 1 tu my twin! Yeah! Twin sama bulan tapi tak sama hari lahir. hahahha. Yau dan eka ada banyak persamaan! mungkin sebab tu kot kami berdua dah jadik SBFF (SUPER BEST FRIENDS FOREVER). hahaha. banyak kawan-kawan kitorang sangka kan yang kitorang nie kapel tapi excuse me yerr. kitorang bukan kapel. tapi hubungan persahabatan kitorang lebih bernilai dari hubungan 'kapel-mengapel' nie. Tak percaya? tanya Tuhan sebab kasih Tuhan lah yang mempertemukan kami berdua! Halleluyah!! Wee!

Nombor 2 & 3 tu adalah abang-abang eka. kenapa abang? sebab  diorang tu lebih tua laa. haha. Samuel atau Boy adalah kawan eka dari kecik. Boy nie abang kandung kepada si ernie. haa. korang dah lihat dah perkaitan nya kan? hihi. Budak nie jugak la best friend eka yang paling gila. tak tau eka nak cakap. bila adik dah gila, abang pun gila jugak laa tapi kalah dengan si adik dia tu. hahaha. Nombor 3 adalah sifu eka. Aut nie banyak bantu eka dalam studi lepas tu dia jugak la yang selalu bertekak dengan eka. hahaha. pantang tengok eka senang sikit mesti dia mula cari bahan nak kenakan eka. wahahaha.


Nombor 4 & 5 adalah sahabat eka. Si Rahman tu tempat eka selalu bergaduh. hahaha. kalau eka geram sikit mesti eka cari gaduh dengan Rahman sebab Rahman takkan marah eka balik. bila eka marah sangat mesti dia diam je lepas tu konpem dia pujuk eka dengaan muka tak tahu malu dia tu. sebab tu eka sayang 'punch bag' eka nie sangat-sangat. hahahaha. Eugene tu pulak best friend eka. dulu eka selalu gak share masalah dan cerita dengan dia. tapi sejak dua menjak nie kitorang dah tak berapa nak rapat sangat. tak tau kenapa. tapi Eugene tetap best friend eka. :)

Nombor 6 special sikit. haha, kenapa? sebab dia satu-satunya sahabat eka yang berketurunan Cina yang rapat dengan eka. haha. budak nie brutal sangat bila bagi eka nasihat. dia mesti marah-marah eka dulu. dia suka sangat cakap camni kat eka, "Haiyaa. Kenapalah kamu bodoh sangat???" HAHAHHAHAHA.


Yer. Itulah mereka. Kipas susah mati eka. Dalam banyak-banyak sahabat, eka paling rapat dan kamceng dengan diorang. Bila eka ada problem atau cerita nak dikongsikan eka selalu cari diorang sebab eka tahu diorang tak pernah tinggalkan eka. Well, EKA SAYANG DIORANG SANGAT-SANGAT!! <3



p/s: 3 jam dihabiskan untuk curahkan kata hati dalam entry nie. O.o


Photobucket
Senyum tak perlu kata apa-apa.

No comments: