[Just Click It !]

Saturday, March 31, 2012

KECEWA

Hai korang!! lama sungguh eka tak hapdate. sebulan lebehh dah. aisehmenn. mesti korang dok tertunggu-tunggu eka hapdate kan. aaa. mintak maap. eka agak busy sikit dalam bulan mac nie tadi. eka gi coaching bebudak Bahas Ala Parlimen. Praise The Lord! Diaorang juara bahagian Sarikei lepas tuh wakil bahagian ke peringkat negeri kat Saratok. Dan, diorang berjaya menempatkan diri sebagai team Top 3 dalam negeri Sarawak! Yeah! eka bangga walaupun eka hanya jurulatih diorang. yela.. bahas tu dah sebati dalm hidup eka. dah jadi separuh dari diri eka. haha. tak sabar nak teruskan perjuangan bila dah masuk universiti nanti. Ngeh. ngeh.







Ohh ya! Pasal results SPM eka yang diumumkan 21 March yang lalu. Aww~ Eka bersyukur sebab results eka boleh tahann! Walaupun eka menanggis kecewa bila terima result hari tu sebab takk capai target, tapi eka maintain happy sebab matapelajaran yang baru eka ambik tahun 2011 dapat A+! Waihaaa! eka dari sekolah rendah sampai tingkatan 4 tak pernah belajar subjek tu. masa tingkatan 5 kena paksa dengan papa untuk ambik tu. Aww. Berjaya jugak. Bangga weyh! Eka satu-satunya pelajar SPM yang ambik subjek Bahasa Iban dekat SM St. Anthony Sarikei yang mendapat A+!! Betapa bangga nya. ahhahahaha! Aaa. Overall eka dapat:


BAHASA MELAYU: A+
BAHASA IBAN: A+
BAHASA INGGERIS: A
SEJARAH: A
MATEMATIK: A-
PENDIDIKAN MORAL: A-
CHEMISTRY: B
BIOLOGY: B
PHYSICS: B
ADDITIONAL MATHEMATICS: C+

AHHAHAHAHAHAH! ada C weyhh! tapi eka bersyukur. Papa dengan Mama sangat bangga dengan eka. Family eka pun bangga. tetapi, punah harapan eka nak memiliki NIKON DSLR. tapi takpe. eka boleh beli dengan duit sendiri nanti. :D

Weyhh. berbalik kepada topik kita pada pagi ini. Aiseh! formal sangat. aa. korang..kan sebelum nie entry eka tentang 'someone' kan?? haaa~ eka dah putus harapann dahh. that 'someone' suka orang lain laaa. Sob3. Eka tak ada peluang nak luahkan rasa hati eka kat dia. dia tak tau eka suka dia. eka rasa baik eka simpan jelaa. bukan jodoh. anyways, eka bangga sebab dapat jadi kawan yang sangat dia percaya! Wee~ Sekarang eka takla frust sangat. eka dapat terima hakikat. hahahaha. takpelaa. single jelaa sekarang. Lalala~ 



Okay la korang. kang nanti eka sambung celoteh eka. eka nak tidoo jap. dah lewat dahh.Tatatiituuttuuuuu~


P/s: entry nie tak banyak gambar. hohoho

Photobucket



Senyum tak perlu kata apa-apa.

No comments: